Page 24 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 24
15. PELAWAT
15.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa Guru Besar terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Guru Besar / wakilnya.
15.2 Semua pelawat mesti mendapatkan slip kebenaran untuk berurusan dengan
pentadbir sekolah di pondok pengawal dan serahkan kembali slip tersebut
sebelum keluar kawasan sekolah.
16. MESYUARAT GURU / PANITIA
16.1 Guru mesti hadir mesyuarat guru / panitia masing-masing dengan
berpakaian rasmi.
17. TANDA NAMA
17.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah / di luar sekolah.
18. KEAHLIAN MAJLIS GURU / STAF
18.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Warga SK
Langgar dan PIBG sekolah.
18.2 Jumlah yuran Badan Kebajikan Warga SK Langgar tertakluk kepada
keputusan mesyuarat.
19. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
19.1 Mesti mendapatkan kebenaran ketua-ketua unit / penjaga stor.
19.2 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
19.3 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
20. PAKAIAN
20.1 Guru hendaklah berpakaian sesuai dengan profesion keguruan.
20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher. (Mengikut kesesuaian)
20.3 Guru perempuan mestilah berpakaian mengikut masyarakat timur dan sopan.
20.4 Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan rambut yang sesuai.
20.5 Guru tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk berurusan di pejabat.
21. TELEFON
21.1 Telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi sekolah sahaja.
22. KESELAMATAN
22.1 Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bangunan, bilik-bilik dan
peralatan sekolah.

