Page 22 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 22
3.0 PERATURAN AM SK LANGGAR
1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan
terkandung dalam Perintah Am Kerajaan.
1.2 Guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi arahan Perintah Am
tersebut.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan
menjunjungnya sebagai profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata
pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Kebangsaan.
1.6 Guru mesti meletakkan kepentingan murid dan menjamin keselamatan murid
ketika berada di sekolah serta menjaga harta benda sekolah.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika
berada di sekolah serta menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
1.9 Kawasan sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok.
1.10 Sebarang jualan langsung dilarang di sekolah.
2. WAKTU BERTUGAS
2.1 Hari Ahad hingga Khamis kecuali hari Sabtu yang diarahkan .
2.2 Masa 7.30 pagi hingga 1.45 petang.
2.3 Guru-guru mesti berada di sekolah sepuluh (10) minit awal dan sepuluh (10)
minit lewat waktu pulang.
3. KEDATANGAN
3.1 ’Punch Card semasa datang dan pulang.
3.2 Kegagalan mengetik kad kehadiran pada waktu datang dianggapkan guru-
guru tidak datang bertugas pada hari tersebut.
3.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah
memberitahu kepada Guru Besar / pejabat sekolah dengan kenyataan dan
sebab yang wajar .
3.4 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan.
4. KELUAR KAWASAN SEKOLAH
4.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali atas arahan atau izin Guru Besar jika ada masalah yang
tidak dapat dielakkan.
4.2 Guru dikehendaki mengisi dalam buku keluar kawasan sekolah.
4.3 Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja bertulis
untuk pelajar / atau jual beli waktu P&P dengan rakan sekerja.
5. CUTI SAKIT
5.1 Guru sakit atau tidak dapat hadir bertugas hendaklah menghubungi Guru Besar
sebelum masa pertama persekolahan.
5.2 Sijil sakit hendaklah dihantar pada keesokan harinya.
5.3 Semasa cuti sakit, guru sepatutnya berada di rumah / hospital.
6. GURU GANTI
6.1 Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan.
6.2 Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah
boleh dianggap sebagai engkar perintah.
6.3 Guru ganti dikehendaki mengisi borang BAGG 14 dan serahkan ke pejabat setiap
kali selepas melaksanakan tugas

