Page 23 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 23

7. GURU BERTUGAS
         7.1 Berada 10 minit sebelum sekolah bermula 10 minit selepas sekolah bersurai.
         7.2 Bersedia setiap masa mengawasi:
                    - Disiplin / Persekitaran sekolah
                    - Pergerakan pelajar masuk dan keluar kawasan sekolah
                    - Kafetaria
                    - Menyelia bilik khas seperti bilik guru dan sebagainya
         7.3 Laporan bertugas hendaklah ditulis dalam BUKU LAPORAN BERTUGAS HARIAN.
         7.4 Menyelaras perhimpunan mingguan dan menjadi pengerusi majlis jika diperlukan.

8. PERHIMPUNAN MINGGUAN DAN HARIAN
         8.1 Semua guru wajib hadir ke perhimpunan mingguan / rasmi kecuali atas sebab yang
                    dibenarkan oleh Guru Besar.
         8.2 Perhimpunan rasmi setiap hari Ahad bermula 7.30 pagi hingga 8.15 pagi kecuali
                    ada perubahan khas akan ditunda ke hari lain atas arahan Guru Besar.
         8.4 Bacaan Yasin pada setiap hari Khamis, bermula 7.30 pagi hingga 8.00 pagi di
                    Tapak Perhimpunan/kelas

9. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
         9.1 Pastikan pengajaran dan pembelajaran lancar, penuh amanah serta
                    bertanggungjawab dan berdiri semasa mengajar.
         9.2 Menyemak kerja-kerja pelajar dari semasa ke semasa.
         9.3 Masa terluang ( ‘Free period’ ) ialah masa bertugas bukan masa rehat.
         9.4 Masa mengajar mesti diimbangi dengan proses pembelajaran pelajar.

10. KETEPATAN MASA BERTUGAS
         10.1 Guru berwibawa ialah guru yang menepati masa selaras dengan
                    profesionnya.
         10.2 Guru perlu menepati masa dari mula hingga ke akhir PdP.

11. DISIPLIN
         11.1 Guru perlu unggul disiplin kerana dia adalah model bagi pelajar.
         11.2 Guru hendaklah sentiasa mengawal keadaan supaya pelajar sentiasa
                    berdisiplin.
         11.3 Setiap guru adalah GURU DISIPLIN dan GURU BIMBINGAN.
         11.4 Masalah disiplin berat perlu dirujuk kepada setiausaha disiplin untuk
                    tindakan dan disampaikan kepada Guru Besar.

12. AKTIVITI KOKURIKULUM
         12.1 Semua guru wajib hadir aktiviti kokurikulum mengikut masa, jadual dan
                    bidang yang ditetapkan.
         12.2 Menjalankan aktiviti di tempat / bilik yang telah dikhaskan.
         12.3 Menyampaikan laporan aktiviti kepada penyelaras masing-masing.

13. MAJLIS / ACARA RASMI SEKOLAH
         13.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi
                    sekolah.

14. TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN
         14.1 Guru akan diberi tugas akademik dan pentadbiran. Mereka mestilah
                    melaksanakan tugas-tugas dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
         14.2 Guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
                    Guru Besar /wakilnya.
         14.3 Setiap Guru Kelas dikehendaki menandakan kedatangan kehadiran pelajar
                    selepas waktu kedua waktu persekolahan.
         14.4 Setiap guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan pelajar
                    mencukupi sebelum pengajaran bermula. Guru mesti menulis jumlah pelajar
                    di dalam kelas pada masa itu dalam buku PONTENG.
         14.5 Guru yang berkursus/menghadiri mesyuarat atau mengambil cuti rehat khas
                    dikehendaki mengisi slip khas di pejabat sehari sebelum berkursus/CRK.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28