Page 20 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 20
2.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah mempertingkatkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara’’
2.2 VISI WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
”Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MISI WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
”Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
2.3 SLOGAN SEKOLAH
“SeKaLa, KEBERSAMAAN TANGGA KEMAJUAN”
2.4
i. OBJEKTIF SEKOLAH
ii. Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
iii. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.
iv. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi
v. cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Menyediakan pelajar yang dapat memberikan sumbangan yang berkesan bagi memenuhi
keperluan negara dan ummah.
2.5 PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga SK Langgar akan memastikan bahawa perkhidmatan kami kepada pelanggan kami adalah:
1. Sentiasa memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar dalam bidang akademik, sahsiah
dan kokurikulum ke arah pembinaan modal insan yang cemerlang
2. Menyediakan ruang sekolah yang kondusif dan selamat untuk meningkatkan minat dan
keselesaan pembelajaran pelajar
3. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk memperkembangkan potensi diri melalui aktiviti
akademik, penampilan sahsiah diri dan kokurikulum.
4. Meyakinkan ibu bapa pelajar bahawa SK Langgar adalah ruang yang selamat dan kondusif
untuk pembelajaran pelajar ke arah mencapai kecemerlangan.
5. Menyediakan ruang kerja yang selesa, ceria dan menggalakkan proses pengajaran guru yang
inovatif, kreatif dan berkesan.

