Page 89 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 89
8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Unit Beruniform dan
Persatuan.
9. Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.
10. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam unit
beruniform dan persatuan.
11. Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
12. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
13. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
14. Memastikan undang-undang berkaitan unit beruniform dan persatuan dipatuhi.
15. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah,
PPD dan JPN.
16. Menganjurkan pertandingan kokurikulum antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat
sekolah.
17. Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / daerah
/ negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.
18. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
19. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
20. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
21. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
22. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
23. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
24. Mendaftarkan Unit Beruniform dan Persatuan dengan pihak berkaitan. (jika ada)
25. Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan pelajar.
26. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan pencapaian.
27. Merekodkan nama murid dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan negara)
28. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
29. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar dalam kalangan ahli.
30. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
31. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
32. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum dari
semasa ke semasa.

