Page 88 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 88
TUGAS GURU SUKAN SEKOLAH / RUMAH
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan.
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri,
wakil daerah/negeri dan negara)
16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh PPD dan JPN
TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT / PEMIMPIN UNIT BERUNIFORM DAN PERSATUAN
1. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling
yang berkaitan dengan kokurikulum.
2. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam
kalangan murid.
3. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
4. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.
5. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
6. Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.
7. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

