Page 13 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 13
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
06500 LANGGAR
KEDAH DARULAMAN
Pejabat : 04-7876930
Email : kba2032@moe.edu.my
Tarikh : 12 FEBRUARI 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera
Semua warga guru dan staf Sekolah Kebangsaan Langgar
Tuan/Puan,
WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU DAN STAF
SK LANGGAR TAHUN 2025 / 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa tuan/puan dengan ini dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk
memegang jawatan yang diamanahkan seperti dicatat dalam Buku Perancangan dan Takwim
Sekolah tahun 2025 / 2026.
3. Jawatan, Amanah dan Tanggungjawab dalam Buku Perancangan dan Takwim Sekolah
Kebangsaan Langgar Tahun 2025 / 2026 ini juga boleh diubah, dikurang atau ditambah oleh
pihak pentadbiran dari semasa ke semasa.
4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan/puan menerima pelantikan ini.
5. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
cemerlang dan penuh dedikasi.
Sekian terima kasih
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD RASHDAN BIN HASHIM)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Langgar
06500 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

